Qiszan's Blog - ourLIFEstyles ourJOURNEY ourENJOY

Memenangi pingat bagi blog pekak atau blog OKU

Tanggal 14hb Disember 2013, aku menanti hari yang istimewa dalam kehidupan malahan ini adalah kali pertama aku menyertainya dalam pertandingan "The Best of Disability Blog yang dianjurkan oleh MYNIC. Sebelah petang waktunya, aku dan suamiku pergi ke MIECC, Mines Serdang untuk mengunjungi blog dan menanti pingat.

Terdapat 5 senarai blog ialah amir-hamidi.name.my, mohdazahar,sweetrainfall.blogspot.com, alrizgi-technologies.blogspot.com dan blog aku. Hanya 3 blog yang terpilih bagi pingat pertama ialah amir-hamidi.name.my, pingat kedua ialah mohdazahar.com dan pingat ketiga ialah aku, blogku bongsu. Apa-apapun, aku bersyukur kerana blogku tersenarai dalam blog OKU yang terbaik. Hadiah pingat pun tiada, cuma ada wang tunai sebagai gantian bagi pembelanjaan kos blogku.



Selain itu, Selina Wing telah berkongsi cerita pengalaman blog. Dia juga terpilih sebagai duta Mynicc. Dia oranglah yang menggalakkan aku menyertai pertandingan blog OKU terbaik. Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepadanya atas pertolongan dan dorongan. Untuk maklumat lanjut mengenai Selina Wing, sila melayari blognya di deafboleh.blogspot.com dan selinawing.com. Dan juga tidak dilupai ucapan terima kasih kepada juri-juri dan penganjur Mynic, blognya ialah blogrrr.my jika anda ingin menyertainya pertandingan blog terbaik pada masa akan datang.



blogrrr backdrop

blogrrr award
Pingat anugerah ini sebenarnya kepunyaan En Amir Hamidi, kami blog pekak sekadar pinjam anugerah untuk mengambil foto saja sebagai kenangan yang lucu.